SEJARAH KTEDM
Kolej Tingkatan Enam Desa
Mahkota atau dahulunya dikenali sebagai SMK Desa Mahkota merupakan
sebuah sekolah yang menempatkan pelajar-pelajar Tingkatan 6. SMK Desa Mahkota mula
beroperasi pada 31 Mac 2014. Pada 22 Mei 2016, SMK Desa Mahkota telah
dinaiktaraf menjadi Kolej Tingkatan Enam dan dikenali dengan nama Kolej
Tingkatan Enam Desa Mahkota.
Pada awal pembukaannya, pelajar-pelajar
yang ditempatkan di kolej ini merupakan pelajar-pelajar Tingkatan 6 yang
sedia ada di 4 buah sekolah iaitu;
SMK
Kepong Baru
SMK
Raja Ali
SMK
Raja Abdullah
SMK
Jinjang
Pada 27 April 2015, 2 buah sekolah lagi telah
dipusatkan ke Kolej Tingkatan Enam Desa
Mahkota iaitu;
SMK
Batu Muda
SMK
Taman Tun Dr. Ismail
Comments
Post a Comment